Tempoh Permohonan URUS Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2022

PUTRAJAYA, 25 Jan (Malaysiaaktif) - Permohonan untuk Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dilanjutkan sehingga 31 Mac, 2022 atau sehingga tamat tempoh program bantuan banjir bagi pelanggan B50 yang layak yang menyertai program bantuan banjir bank-bank.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata walaupun aktiviti ekonomi dibenarkan untuk diteruskan, bank pusat itu menyedari bahawa ramai lagi yang memerlukan bantuan sehingga mereka boleh berdiri semula, terutamanya selepas berlakunya banjir baru-baru ini.

“Lanjutan tempoh permohonan URUS itu adalah bertujuan untuk perkara tersebut. Hubungi bank anda jika anda memerlukan lebih banyak maklumat atau pelan bantuan yang lebih bersesuaian,” jelas BNM menerusi akaun Twitternya.

-- BERNAMA