Penantian Penduduk Pemberian Berakhir

Laporan/foto: Mohd Zulfadli Ab Hamid/Nik Aulazakia Nik Soh (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 26 Jan ( Malaysiaaktif ) – Pembinaan jambatan yang menelan belanja sebanyak RM28.6 juta, siap dibina pada 1 Oktober 2020 lalu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, semalam.

Jambatan ini menyelesaikan masalah perhubungan untuk aktiviti persekolahan anak-anak dan warga setempat tempatan ke bandar Kuala Krai.

Majlis Perasmian dihadiri oleh Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Ramlan Harun serta Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

-RI