Wira Anti Rasuah Kanak-Kanak Tabika Kelas Perpaduan Daerah Dungun

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 26 Jan (Malaysiaaktif) - Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu, Ruslan Che Amad telah merasmikankan program "Back To School" dan Mewarna Wira Anti Rasuah (WAR) Peringkat Daerah Dungun di Pekarangan Kelas Tabika Perpaduan Taman Rakyat Jaya, di sini, semalam.

Ruslan Che Amad berkata program yang diadakan ini selaras dengan tuntutan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 iaitu memperkukuhkan pendidikan kepada murid-murid dan pelajar berteraskan kepada pembentukan sahsiah, jati diri dan kepimpinan yang utuh.

"Pendidik, ibubapa dan masyarakat setempat perlu menyebarluas mesej pencegahan rasuah dan bahaya jenayah rasuah," katanya.

Program usahasama antara SPRM Negeri Terengganu dan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun adalah usaha untuk menerapkan nilai antirasuah dalam diri pelajar seawal usia mereka. Program usahasama antara SPRM Negeri Terengganu dan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun adalah usaha untuk menerapkan nilai antirasuah dalam diri pelajar seawal usia mereka.



Sementara itu, Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu, Kamaruddin Ali, berkata program usaha sama antara SPRM Negeri Terengganu bersama dengan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun ini bertujuan untuk menerapkan nilai anti rasuah dalam diri pelajar seawal usia mereka selain menyelitkan unsur pendidikan pencegahan rasuah kepada bakal pelapis dan juga pemimpin untuk generasi akan datang.

Dalam program tersebut turut diadakan pertandingan mewarna yang melihatkan kanak-kanak Kelas Tabika Perpaduan Taman Rakyat Jaya Satu dan Dua.

Guru dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang hadir ke program. Guru dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang hadir ke program.



Turut hadir, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Terengganu, Tuan Sofian Haroon dan Pegawai Perpaduan Daerah Dungun, Tengku Mazilawati Tengku Muhamad.

-ZS-