Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Santuni Peniaga Bazar Satok

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 22 April (Malaysiaaktif) - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan di kawasan Satok, di sini semalam.

“Kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menyantuni komuniti penjaja Bazar Satok membuat kami berasa terharu.

“Kami mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berniaga di bazar Ramadan setelah dua tahun bazar ditutup akibat pandemik COVID-19,” kata Liza Ali, pemilik gerai 19.

-ZS-