MTC Santuni Golongan Kurang Berkemampuan

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

AMPANG, 25 April (Malaysiaaktif) - Seramai 350 orang warga emas, asnaf, ibu dan bapa tunggal serta ahli kariah diraikan dalam Majlis Iftar Ramadan dan Penyampaian Bantuan Prihatin Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) di Masjid Bandar Baru Ampang, di sini semalam.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin yang hadir telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada dua buah masjid dan RM5,000 kepada 17 buah surau sekitar Parlimen Ampang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang turut mengucapkan terima kasih kepada MTC atas tajaan sumbangan yang keseluruhan berjumlah RM150,000.

"Diharapkan sumbangan ini dapat membantu masyarakat sekitar Ampang yang memerlukan ketika persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya semasa sidang media.

-ZS-