Program Jom Balik Kampung Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Laporan/foto: Juliawati Razali (Sepang)

SEPANG, 26 April (Malaysiaaktif) - Program Jom Balik Kampung dan Pelancaran  Operasi Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Sepang bertujuan memberi kesedaran kepada penguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu.

Program anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) itu diadakan di Plaza Tol E6 Lebuhraya Elite Putrajaya/Cyberjaya, di sini semalam.

Pegawai Daerah Sepang Khairi Azali Ibrahim berkata penguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu agar tidak terlibat dengan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

"Pendidikan keselamatan jalan raya sejak di bangku sekolah penting untuk membentuk sikap kita di jalan raya pada hari ini," katanya.

Sebanyak 600 cenderamata diserahkan kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman.

-ZS-