Initiatif Projek KDDD Mudah Carian Maklumat Masyarakat Kapit

Laporan/foto: Mohd Saufi Omar (Sarawak)

KAPIT, 26 April (Malaysiaaktif) - Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion hadir menyempurnakan pelancaran Projek Data Digital Daerah Kapit (KDDD) di Restoran Lok Lok, di sini semalam.

“Saya bangga dengan inisiatif pejabat Residen Daerah Kapit mewujudkan pangkalan data digital yang akan memudahkan orang awam mendapatkan maklumat yang disalurkan oleh pihak kerajaan,” kata Jaul Samion.

“Maklumat data yang berkaitan dengan rumah panjang, institusi kerajaan dan lokasi menarik di sekitar daerah Kapit boleh didapati melalui Google Earth secara terus oleh orang awam,” menurut Galong Luang selaku Timbalan Residen Kapit merangkap ketua pasukan KDDD.

-ZS-