172 Pelajar, Kakitangan PSA Terima Duit Raya

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SHAH ALAM, 27 April (Malaysiaaktif) – Seramai 172 warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang kurang berkemampuan menerima sumbangan Aidifitri dalam satu majlis yang diadakan semalam.

Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail, berkata mereka terdiri daripada pelajar, kakitangan, pekerja pembersihan serta pengawal keselamatan hasil sumbangan warga PSA dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

“YaPEIM adalah salah satu agensi yang sangat aktif dan kita sendiri dapat melihat manfaat yang bukan sahaja warga PSA dapat tetapi juga masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Kasih Ihya Ramadan PSA 2022 di Dewan Al-Jazari PSA, di sini semalam.

-ZS-