Tindakan Pantas LUAS Berjaya Elak Pencemaran di Sungai Langat

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/LUAS

SHAH ALAM, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengesan bau seakan minyak diesel dari longkang keluar ke Sungai Langat dalam kejadian jam 3.45 petang semalam.

LUAS dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan siasatan menemukan sebuah premis bengkel lori yang disyaki punca kepada insiden pencemaran tersebut.

“Pihak Air Selangor telah meletakkan dua beg ‘Activated Carbon’ (Serbuk Karbon Teraktif) ke dalam longkang berhampiran premis bagi menahan sisa minyak daripada masuk ke dalam saluran longkang,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan berdasarkan Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 telah diambil dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Majlis Perbandaran Kajang MPKj juga mengarahkan pembersihan segera dilakukan pihak premis.

-ZS-