Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Daerah Jeli Meriah

Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim (Jeli)

JELI, 13 Mei (Malaysiaaktif) - Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Jajahan Jeli Tahun 2022 telah diadakan di perkarangan kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli, di sini semalam.

Ketua Jajahan Jeli Tuan Nik Raisnan Daud berkata program begini dapat  merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin dengan penglibatan semua jabatan dan agensi di daerah Jeli.

Menurut seorang peniaga Amirul Muhamad, 36, sambutan Hari Raya seperti ini perlu diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan rakyat dengan agensi kerajaan di daerah Jeli dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Majlis diserikan dengan penyertaan 20 gerai daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dengan hiasan dan tema tersendiri. Pelbagai juadah istimewa seperti ketupat, lemang, kambing golek, nasi dagang dan sebagainya disediakan.

Turut hadir ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta, pemimpin-pemimpin komuniti dan lebih 500 orang tetamu sekitar Jeli.

-ZS-