Kemeriahan Syawal Terus Diraikan

Laporan/foto: Yusoffirman/M.Yamuna (Pahang)

TEMERLOH, 13 Mei (Malaysiaaktif) - Kehangatan dan kemeriahan bulan Syawal masih terus diraikan setelah dua tahun umat Islam di negara ini meraikan Syawal dalam musim pandemic Covid-19.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dato’ Sri Ismail Mohamed Said tidak melepaskan peluang menyambut hari raya bersama penduduk di kawasan beliau, di sini baru-baru in.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau hadir ke SMA Kuala Krau dan meraikan Syawal bersama warga pendidik dan pelajar sebelum hadir ke Kg Orang Asli Panderas.

“Kita masih belum bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19 dan saya harap semua jaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” pesan beliau.

-ZS-