Pusat Koreksional Jasin Pelopor Sektor Pertanian Melaka

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

MELAKA, 13 Mei (Malaysiaaktif) - Pusat Koreksional Jasin menjadi antara satu-satunya pusat Koreksional di Malaysia yang menjadikan sektor pertanian sebagai projek utama seiring slogan 'Pertanian Asas Perniagaan' didalam Program Walkabout Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 1 yang diadakan semalam.

Menurut Timbalan Menteri 1 MAFI, Ahmad Hamzah, beliau amat berbangga melihat pencapaian dan hasil usaha Pusat Koreksional Jasin yang menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan selain dapat mendidik penghuni-penghuni di sini mempelajari perkara baru terutama bidang pertanian.

"Projek penanaman Nanas MD2, selain tanaman sayur seperti Kobis Tanah Rendah, penternakan Ikan Talapia Merah dan yang terkini tanaman Ubi Keledek telah mendapat kerjasama serta bantuan sepenuhnya Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Melaka serta Jabatan Perikanan Negeri Melaka," tambahnya lagi.

-ZS-