‘Hari Derma Darah Sedunia’ Terima Sambutan Luar Jangka Penderma

Laporan/foto: Nur Diyana Mior Talib (Setiawangsa)

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Hari Derma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun setiap tahun adalah bagi memperingati dan menghargai jasa-jasa penderma darah serta penganjur ‘Kempen Derma Darah’ yang membantu Pusat Darah Negara (PDN) dan tabung darah di seluruh negara.

Timbalan Pengarah 1 Pusat Darah Negara Dr Tun Maizura Mohd Fathullah yang ditemui di PDN di sini pada Selasa berkata, beliau sangat teruja dengan sambutan di luar jangka terhadap program tersebut.

“Saya berharap program ini dapat membantu PDN dalam memastikan bekalan stok darah sentiasa mencukupi," katanya.

Penderma darah yang ditemui Norafizah Norsikim,  27, melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menderma darah pada hari yang sangat bermakna itu.

Menurut Chan Fook Kuen, 53, beliau menderma darah adalah kerana memenuhi tanggungjawab sesama manusia bagi membantu menyelamatkan nyawa yang lain.

-ZS-