SPM 2021: 1,803 Calon Cemerlang di Selangor

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Shah Alam)

PETALING JAYA, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 1,803 daripada 74,519 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Selangor memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Rohayati Abd Hamed berkata seramai 53 orang daripadanya berjaya memperolehi gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua matapelajaran.

“Seramai 55,626 (85.60 peratus) layak mendapat sijil berbanding 54,746 calon (85.40 peratus) pada tahun 2020, iaitu kenaikan 0.2 peratus,” Katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bertempat di SMK (P) Sri Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, Shrreya A/P Arivazhagan, 18, pelajar dari SMK (P) Sri Aman yang mendapat keputusan 10A+ menjadi pelajar cemerlang SPM 2021 di Selangor.

“Saya nasihatkan pelajar di luar sana agar belajar bermula sekarang dan perlu konsisten untuk berjaya dalam peperiksaan,” katanya.

-ZS-