Hari Tanpa Kenderaan Daerah Klang 2022

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Badarudin Shuib (Klang)

KLANG, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Hari Tanpa Kenderaan Daerah Klang 2022 julung kali telah diadakan di Padang Laman Seni, Safari, di sini hari ini setelah dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19.

Menurut Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang Hajah Noraini Roslan matlamat program ini untuk meningkatkan kesedaran pentingnya menjaga alam semulajadi disamping mengurangkan pemanasan global.

Sementara itu, menurut Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang Norfiza Mahfiz program ini juga mempromosikan lokasi kebudayaan dan pelancongan di daerah Klang kepada masyarakat dan akan diadakan pada setiap bulan minggu ketiga di lokasi yang berlainan.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya acara jalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, pertandingan berkelah, pertandingan mewarna dan gerai-gerai jualan bagi memberi peluang kepada penjaja kecil menjana pendapatan.

-ZS-