Kerajaan Setuju Laksana Program Dermasiswa B40 TVET – PM

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hazlina Tajuddin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khusus untuk pelajar golongan B40.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengambilan pertama akan melibatkan 1,000 orang pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tahun ini.

“Kerajaan menjangkakan program ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Menurutnya, lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia, terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET.

-ZS-