Pengguna Perlu Bijak Pilih Barangan Keperluan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kelantan)

TANAH MERAH, 22 Jun (Malaysiaaktif) - Kenaikkan harga barangan harian sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Menurut Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan Haswadi Jaafar rakyat perlu bijak memilih barangan keperluan harian bagi menjamin kehidupan normal.

“Rakyat wajar mendapatan barangan bermutu serta sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam menangani kenaikan harga barangan masa ini.

“Pastikan juga setiap barangan yang dibeli sah dan tidak memudaratkan. Jika sesuatu barangan yang diperoleh menyalahi undang-undang pihak berkuasa boleh bertindak merampas dan menyitanya,” katanya ketika berucap di Program Pengguna Sihat Bersama Komuniti Pengguna Daerah Tanah Merah dan Warga Kerja KPDNHEP di Dataran Bukit Panau, Bukit Panau, di sini semalam.

Hadir sama ketua-ketua jabatan dan ahli-ahli komuniti daerah Bukit Panau.

-ZS-