PM Harap Capaian Internet Bandar dan Sub-Luar Bandar Seluruh Malaysia Ditingkatkan



Laporan/foto: Zaidy Salim/K-KOMM

PUTRAJAYA, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Kejayaan pelancaran satelit MEASAT-3d diharap dapat membantu usaha kerajaan merapatkan jurang digital dan menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang aeroangkasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pelancaran satelit itu juga, keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan lebih ditingkatkan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Hari yang penuh bersejarah, Measat Global Berhad (MEASAT) telah melancarkan satelit MEASAT-3d di Kourou, French Guiana," katanya di Facebook rasmi beliau hari ini.

MEASAT-3d berjaya dilancarkan di French Guiana, Amerika Selatan pada 6.50 petang waktu tempatan 22 Jun (5.50 pagi waktu Malaysia, 23 Jun).

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan timbalannya Datuk Zahidi Zainal Abidin serta beberapa menteri kabinet.

-ZS-