Pendedahan Skil Pengacaraan Tingkatkan Keyakinan Diri

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) mengikuti Kursus Pengacaraan dan Pengerusi Majlis anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, di sini semalam.

Menurut Guru Besar SKPJ, Mohd Ahyaulumuddin Abd Hamid, SKPJ bertekad untuk melahirkan generasi yang mempunyai  pembangunan bakat, kepimpinan dan tingkatkan keyakinan diri terutamanya menghadapi globalisasi dalam bidang komunikasi.

"Bagi merealisasikan impian tersebut pihak kami berkolaborasi bersama Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah dengan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada murid dalam pengacaraan majlis dan mengetahui perbezaan antara pengerusi majlis dan pengacara majlis.

"Selain itu kursus ini dapat memperkayakan murid dengan kemahiran pengacaraan majlis, kepentingan etika dan mempelajari kaedah pengacaraan dengan betul," ujarnya ketika ditemui.

-ZS-