Berhati-hati Teknik Licik ‘Scammer’

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 20 April (Malaysiaaktif) – Terperdaya dengan janji manis dan pujuk rayu penjenayah ‘scammer’ merupakan isu utama kes jenayah siber semakin meningkat di Malaysia.

Menurut Ketua Bahagian Jabatan Pencecegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau ASP Jusman Ahmad teknik licik ‘scammer’ menyebabkan mangsa terpedaya dan memberikan maklumat butiran peribadi.

“Masyarakat perlu berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mengaku daripada agensi kerajaan untuk memperdaya mangsa,” katanya dalam ceramah Taklimat Isu Semasa di Restoran Wadi Ar Raudah, di sini baru-baru ini.

Menurut seorang pesara Hamidah Ali, 61, beliau pernah dihubungi oleh seseorang yang kononnya bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan tunggakan hutang.

“Saya terus mematikan perbualan apabila menyedari panggilan dibuat pada hari cuti (Ahad) dan menggunakan nombor telefon bimbit,” katanya.

-ZS-