Besut Berpontensi Naik Taraf Majlis Perbandaran

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/UPDI (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Berdasarkan penemuan banci, jumlah penduduk Terengganu adalah 1.1 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 1.3 peratus berbanding 1.4 peratus tahun 2010.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Sri Dr Mohd Uzir Mahidin kadar perbandaran Terengganu adalah 64.2 peratus dan Setiu mencatatkan kadar sifar Perbandaran.

“Berdasarkan jumlah dan kepadatan penduduk mendapati Majlis Daerah Besut berpontensi  untuk dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran berdasarkan kriteria penduduk,” ujarnya ketika berucap di Siri Jelajah Parlimen dan DUN: Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Turut hadir Yang DiPertua Undangan Negeri Terengganu Datuk Yahya Ali mewakili Menteri Besar Terengganu.

-ZS-