Lulusan TVET Punya Masa Depan Cerah – Mastura

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid menegaskan individu yang mempunyai kemahiran dan kelulusan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mempunyai masa depan yang cerah.

Beliau berkata, lulusan TVET mempunyai kemahiran yang amat diperlukan industri serta tawaran pekerjaan yang lebih terbuka luas selain bakal menerima gaji yang lebih tinggi.

“TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya para pelajar perlu yakin untuk mengikuti pengajian dalam bidang ini dan yakin boleh Berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pelajar yang hadir mengikuti program taklimat kerjaya yang diadakan di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) sempena sambutan Minggu TVET Negara 2022 (MTN 2022), di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah PSA Dr Mohd Zahari Ismail serta Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah Muhammad Zubir Mohd Hanifah.

-ZS-