Produk Koko Bukan Sekadar Makanan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Jun (Malaysiaaktif) - Ramai yang tidak tahu bahawa koko bukan sahaja boleh dijadikan produk makanan, malah boleh diproses menjadi produk kecantikan dan penjagaan kesihatan.

Usahawan Azza Ramly, 36, yang berasal dari Sri Kembangan, Selangor berkata minat meneroka suatu bidang merupakan titik mula beliau menceburkan diri dalam mengeluarkan rangkaian produk penjagaan gigi berasaskan koko.

“Produk penjagaan gigi dikenali sebagai MISMIS dikeluarkan secara berperingkat bermula 2018.

“Kini produk kami boleh didapati di pasaraya Lotus di Semenanjung dan kami berharap ada peluang untuk mengembangkan pasaran ke negeri Sabah,” kongsinya ketika ditemui media di Pesta Koko Sabah 2022, hari ini.

Pesta Koko Sabah 2022 berlangsung selama tujuh hari bermula 18 Jun di Imago Shopping Mall melibatkan 21 pengusaha dan peniaga produk berasaskan koko di bawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia.

-ZS-