Kerjasama Masyarakat Penting Jayakan Aktiviti Gotong-royong

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kelantan)

TANAH MERAH, 24 Jun (Malaysiaaktif) - Penglibatan dan kerjasama komuniti setempat bagi menjayakan aktiviti gotong-royong amat diperlukan.

Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kelantan Hashim Alang Abd. Hamid menyeru agar masyarakat setempat dan agensi kerajaan bersama untuk turun padang membersihkan kawasan kampung.

"Saya menyeru penduduk berdekatan melalui komuniti sentiasa bekerjasama membersihkan kawasan setempat.

“Secara tidak langsung ia mewujudkan sikap muafakat dan mengeratkan tali persaudaraan,” katanya di Program Semarak Komuniti Desa bersama Komuniti Gerakan Penduduk Gual Ipoh di Dewan  Komuniti Ulu Kusial, di sini pagi semalam.

Hadir sama Wakil  Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Ipoh Mohd Razhi, Pegawai Penerangan Daerah Tanah Merah Mohd Sanusi Ariffin dan 50 orang masyarakat setempat.

-ZS-