APM Laksana Uji Lari Siren PWS di Bangunan Persekutuan Petaling Jaya

Laporan/foto: Siti Nor Syahirah Mohd Hashim (Petaling)

PETALING, 28 Jul (Malaysiaaktif) - Sistem Amaran Awam (PWS) merupakan siren yang digunakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memberi amaran awam mengenai ancaman bencana, kecemasan dan ketenteraman awam.

Pengarah Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan APM Penolong Pesuruhjaya (PA) Mohd Yusoff Samad berkata Siren PWS mempunyai pelbagai jenis nada mengikut jenis insiden yang berlaku.

“Orang awam perlu mengambil tahu mengenai jenis-jenis nada bunyi siren dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu bencana serta sedar bertapa pentingnya bunyi sistem amaran untuk tugasan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melaksanakan Uji Lari Siren PWS melibatkan agensi-agensi Kerajaan dan pengurusan bangunan di Bangunan Persekutuan Petaling Jaya, di sini semalam.

-ZS-