Kedai Roti Buntung Jadi Pilihan di Kapit

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KAPIT, 29 Jul  (Malaysiaaktif) - Kedai Roti Ung Tung atau lebih dikenali dengan Buntung yang terletak di Jalan Penghulu Gerinang, Kapit sering kali  menjadi tumpuan  ramai penduduk tempatan terutamanya pada cuti hujung minggu.

Tarikan roti di kedai ini tidak hanya terletak pada kesegaran rotinya yang diadun dan dibakar setiap awal pagi tetapi juga pada  keenakan roti yang dihasilkan dan harga yang berpatutan.

“Sejak memulakan perniagaan pada tahun 1987, kami mengutamakan kualiti roti dengan menjual hanya roti segar dan baharu kepada pelanggan.

“Polisi perniagaan kami tidak menjual roti yang dipanaskan semula,” kata Daisy Jin, 60, pemilik kedai tersebut, ketika ditemui di sini baru-baru ini.

“Sejak kebelakangan ini, kami turut dikunjungi pelanggan dari luar kawasan Kapit,” tambahnya.

-ZS-