Jambatan Berkembar Sungai Yong Penghubung Utama Penduduk Kapit

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Lim Poh Choo (Sarawak)

KAPIT, 1 Ogos (Malaysiaaktif) - Jambatan Berkembar Sungai Yong di sini yang siap sepenuhnya pada Ogos 2021 memberi banyak kemudahan kepada penduduk Kapit.

“Jambatan itu merupakan penghubung jalan raya Sibu-Kapit dan dapat menjimatkan masa serta kos perjalanan ke bandar Sibu," kata anak jati Sungai Yong, Tuai Rumah Bena Abun, 63, ketika ditemui baru-baru ini.

“Dahulu, kami terpaksa menyeberangi sungai menggunakan bot enjin sangkut untuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Nanga Yong, tetapi kini saya dapat menghantar anak ke sekolah menggunakan kenderaan,” kata Mina Bena, 30, seorang suri rumah.

-ZS-