MARA Buka 1,500 Peluang Pekerjaan Bidang Kejuruteraan dan Teknologi

Laporan/foto: Norhasnida Sarani/Rajeswari Anbazagan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Malaysiaaktif) - Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil inisiatif menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penganjuran Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi dapat memberi peluang penempatan pekerjaan sekaligus menyokong kadar kebolehpasaran yang tinggi kepada graduan di bawah MARA.

“Peluang kerjaya tersebut ditawarkan MARA menerusi kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dengan 10 syarikat swasta terkemuka yang menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap pendidikan graduan,” katanya semasa perasmian penutup program tersebut, di sini semalam.

-ZS-