KKM Kampung Tengah Bantu Kumpul 46 Beg Darah

Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 5 Ogos (Malaysiaaktif) - Sebanyak 49 beg darah berjaya dikumpulkan dalam Program Derma Darah anjuran bersama Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Tengah dan Unit Tabung Darah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, yang diadakan di Dewan Muafakat Kampung Tengah, di sini semalam.

Menurut Ketua KKM tersebut Ghani Selamat tujuan utama program diadakan adalah bagi menampung kekurangan bekalan darah di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.

“Menderma darah juga merupakan satu pengorbanan besar. Program ini boleh meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menderma darah yang mampu menyelamatkan banyak nyawa," katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota Datuk Hajah Sharifah Azizah Datuk Syed Zain.

-ZS-