SKIPP Bantu Wanita dan B40 Johor

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran/Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (Tangkak)

TANGKAK, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) melalui Skim Bantuan Peralatan Perniagaan 2022 (SKIPP 2022) Fasa 1 telah menyerahkan sumbangan kepada empat orang penerima yang layak, di sini semalam.

SKIPP 2022 adalah satu bentuk program oleh YPKDT yang memberi peluang kepada golongan sasaran terutamanya wanita dan B40 menjana pendapatan dari rumah tanpa mereka perlu keluar rumah meninggalkan anak-anak.

Menurut Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Tangkak Noraisyah Maulan empat orang penerima bantuan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama itu telah menerima barang-barang keperluan bagi menjalankan perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir Sahrihan Jani yang menyempurnakan program tersebut berharap usaha dan bantuan baik tersebut dapat memberi manfaat kepada penerima dan penerima-penerima baru akan ditambah pada fasa yang akan datang.

-ZS-