Institusi Keluarga Asas Pembentukan Hubungan Baik dengan Pencipta

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify Mohamad Zamri (Jasin)

JASIN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) - Seminar Pendidikan Fatwa Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022M/1444H yang diadakan di Dewan Alamanda, di sini semalam sangat berkesan untuk memupuk semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Wira Md Rawi Mahmud tema Maal Hijrah pada tahun 1444H tidak dinafikan bahawa institusi keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang mempunyai hubungan yang baik dengan pencipta-Nya serta hubungan yang baik sesama manusia.

“Sempena tahun baru hijrah ini marilah kita menanam azam untuk meningkatkan keimanan dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah yang menghalang kemajuan diri, keluarga dan juga agama Islam sendiri,” katanya ketika berucap di seminar itu.

Sebanyak 500 tetamu termasuk Ketua-Ketua Jabatan dan agensi peringkat daerah hadir pada majlis tersebut.

-ZS-