Penjawat Awam Terengganu Perlu Sentiasa Mesra Pelanggan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Majlis Daerah Setiu

SETIU 5 Ogos (Malaysiaaktif) - Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil menyeru penjawat awam daerah Setiu agar sentiasa mesra kepada pelanggan dan menjaga nama baik jabatan masing-masing.

“Ini kerana layanan mesra serta mutu perkhidmatan baik yang diberikan kepada  pelanggan khususnya perkhidmatan di kaunter mampu menaikkan imej penjawat awam sekaligus menaikkan nama jabatan mahupun agensi-agensi kerajaan di mata masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sesi Perjumpaan Beliau Bersama Penjawat Awam Daerah Setiu di Dewan Serbaguna MDS Sungai Tarom, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Ahmad Rizal Mamat serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Terengganu.

-ZS-