Penyerahan Baton Jalur Gemilang Antara Dua Negeri Lakar Detik Bersejarah

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir

NIBONG TEBAL, 5 Ogos (Malaysiaaktif) -  Titik sempadan antara dua buah negeri berjiran di Sungai Kerian yang menghubungkan negeri Perak dan Pulau Pinang telah melakar detik bersejarah apabila penyerahan baton Jalur Gemilang Konvoi Kembara Keluarga Malaysia (KMKM 2022) dilakukan di situ.

Ketua Konvoi Kembara Keluarga Malaysia (KMKM) negeri Pulau Pinang Dr Haniff Hassan yang menerima serahan baton daripada wakil Jabatan Penerangan Perak diiringi lebih 20 buah bot di Sungai Kerian di sini semalam merupakan satu kelainan dan simbolik menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

‘’Baton ini telah dibawa melalui kesemua daerah di Pulau Pinang dan berakhir di Titi Merdeka bagi penyerahan kepada KMKM 2022 dari Kedah,’’ ujarnya.

Program KMKM 2022 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim di Dataran Kiosk Seri Ampangan, di sini.

-ZS-