KMKM 2022: Sungai Kerian Saksi Serahan Baton Jalur Gemilang

Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri/Zulhilmi Zaini (Kerian)

PARIT BUNTAR, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Serahan Baton Jalur Gemilang daripada pasukan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) Perak kepada KMKM Pulau Pinang begitu unik kerana ia merupakan serahan baton di atas bot yang pertama seumpamanya.

Menurut Pegawai Daerah Kerian Haji Mohd Sabli Bakri upacara serahan begini dapat mewujudkan kelainan dan membuktikan Sungai Kerian amat istimewa sebagai penghubung antara negeri.

“Pelaksana program ini dapat membuktikan jaringan kerjasama antara dua buah negeri selain memberi kelainan dalam menyambut Kempen Kibar Jalur Gemilang," ujarnya ketika merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kerian, di sini pada Rabu.

Antara pengisian lain termasuk Pertandingan Bintang Patriotik Kerian, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Gubahan Tuala Merdeka dan persembahan kemerdekaan.

-ZS-