Festival Setiu Wetland Papar Keindahan Flora dan Fauna

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaikh Mohamad Fikri Shaikh Ismail

SETIU, 6 Ogos (Malaysiaaktif) - Festival Setiu Wetland yang diadakan di sini diharapkan dapat memperkenalkan keindahan flora dan fauna kepada seluruh rakyat Terengganu dan masyarakat luar juga luar.

Menurut Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiu Wetlands merupakan sumber alam semulajadi yang amat bernilai kepada negeri Terengganu serta menjadi produk pelancongan yang kerap dilawati oleh pengunjung dari dalam dan luar negeri ini.

"Hanya tanah bencah Setiu mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iatu laut, pantai, lumpur, lagun, sungai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau yang mampu menarik minat pelancong untuk melawat Setiu Wetland," ujarnya ketika merasmikan festival tersebut, di sini petang semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya.

-ZS-