KMKM 2022 - Semangat Teguh Bersama Generasi Muda SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah Ditonjolkan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) hari kedua negeri Perlis yang singgah di SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Ketibaan konvoi KKMM 2022 disambut oleh guru dan para pelajar di pintu gerbang sekolah.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Azizan Sulaiman semangat cintakan tanah air melalui program sebegini memberi cerminan bahawasanya rakyat hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.

"Semangat cintakan negara terbukti ketika konvoi KMKM 2022 Negeri Perlis tiba ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Puan Muda Tengku Fauziah, sebagai salah sebuah destinasi persinggahan ketiga di negeri Perlis.

"Saya difahamkan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi telah membantu menjayakan KKMM 2022 di negeri Perlis ini. Tahniah kepada semua," ujarnya ketika ucapan perasmian KMKM 2022 Perlis di sekolah tersebut, did sini pagi tadi.

Azizan Sulaiman turut menyeru masyarakat agar bersama-sama mengibar jalur gemilang sebagai tanda cintakan tanah air.

Pelbagai aktiviti seperti gotong-royong kacau bubur asyura', permainan tradisi tuju kasut, batu seremban dan permainan congkak disusun sebagai pengisian peserta konvoi.

-ZS-