Hari Ketiga KMKM Kedah Singgah di Pekan Jitra

Laporan/foto: M Sures Maniam (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 6 Ogos (Malaysiaaktif) - Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) Kedah hari ini masuk hari ketiga mereka penjelajahan setelah menerima kembali baton daripada KMKM Perlis di Dataran RPA Arau, Perlis pagi tadi.

Menurut Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato' Haji Muhamad Arof Darus yang merasmikan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 dan Hari Belia Negara di Dewan Jitra, di sini petang tadi, ini merupakan kolabarasi antara Pejabat Penerangan Daerah Kubang Pasu dan Kementerian Belia dan Sukan.

"Saya merasa bangga kerana semua pihak sudi bekerjasama dalam memastikan program ini berjalankan lancar.

"Selaras dengan tema kemerdekaan KMKM
ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan kali ke-65 pada tahun ini bagi melahirkan rasa kecintaan sekali gus memperkukuhkan semangat patriotisme kepada negara dalam kalangan rakyat.

“Konvoi ini membawa mesej kemerdekaan bagi menyampaikan mesej-mesej kenegaraan dan diselitkan dengan lagu-lagu patriotik di sepanjang konvoi berlangsung," katanya.

-ZS-