Penyusuan Susu Ibu Penting dalam Suasana Mesra

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 8 Ogos (Malaysiaaktif) - Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini memfokuskan perlindungan selain mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu.

Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Haji Noor Azmi Ghazali berkata, usaha ini merangkumi penglibatan dari pihak kerajaan, sistem kesihatan, tempat kerja dan komuniti untuk mewujudkan suasana mesra ibu dan sokongan terhadap penyusuan susu ibu.

"Saya menyeru kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi bersedia mental dan fizikal untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya selain meneruskan penyusuan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan setelah kembali bekerja," katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak di AEON Mall Taiping.

-ZS-