Kibar Jalur Gemilang, Pupuk Rasa Patriotisme Sejak Kecil

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

KAMPAR, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 16 orang anak kecil berusia dua hingga empat tahun menjadi tumpuan ramai ketika mengadakan persembahan sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Program [email protected] Keluarga Malaysia Peringkat Daerah Kampar, di sini baru-baru ini.

Tenaga pengajar Taska Genius Pejabat Daerah dan Tanah Kampar Juleda Harun berkata mereka merupakan pelajar yang terpilih membuat persembahan bagi pembukaan majlis tersebut.

“Selain dapat menerapkan rasa patriotisme terhadap Jalur Gemilang dan negara, aktiviti sebegini dapat menambah penguasaan kemahiran literasi dan komunikasi mereka," jelasnya lagi ketika dihubungi.

Ibu kepada salah seorang pelajar Fairuz Farhana Nor Zabri, 35, melahirkan rasa bangga apabila melihat anaknya Nur Farah Dayana Ahmad Hafizzuddin, 2, terpilih membuat persembahan dan berharap ia dapat menjadi memori serta memupuk rasa kecintaan anak-anak kecil ini terhadap tanah air.

-ZS-