‘Musang Berjanggut’ Tarik Perhatian

Laporan/foto: Yusoffirman

TEMERLOH, 18 Sep (Malaysiaaktif) - Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah ‘Musang Berjanggut’ yang merupakan judul filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee suatu masa dahulu.

Kini, ‘Musang Berjanggut’ kembali memeriahkan suasana apabila ia diperkenalkan sebagai satu acara permainan yang mana peserta perlu mengasingkan rempah ratus dalam program [email protected] anjuran bersama Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Sanggang 1 dan Pejabat Penerangan Daerah Temerloh, baru-baru ini.

Penghulu Mukim Sanggang Mohd Idham Zainal berkata aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat.

“Alhamdulillah, program yang dianjurkan mendapat sambutan penduduk setempat dan saya terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka bagi menjayakan program ini,” katanya.

-ZS-