Sambutan Kemerdekaan Bangkit Semangat Cintakan Negara

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Sambutan bulan kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Petra Jaya menutup tirainya semalam dengan dihadiri lebih 900 pelajar, guru dan kakitangan pentadbiran.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan lagu patriotik dan tarian oleh para pelajar dan guru-guru sekolah.

“Saya berharap para pelajar dapat menghayati dan faham erti kemerdekaan dengan adanya sambutan bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun,” kata Guru Besar SK Petra Jaya, Thalasa Umik.

Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan yang bermula 4 Ogos lalu, pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian, mewarna poster dan senamrobik telah dijalankan.

-ZS-