Warga MRSM Kem Terendak Memeriahkan Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 15 Sept (Malaysiaaktif) - Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dewan Budiman, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka yang telah dihadiri hampir 600 peserta dikalangan warga pendidik dan pelajar.

Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan ini diadakan bagi menyemai dan memupuk semangat kemerdekaan serta mengimbau kembali jasa dan pergorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan dikalangan warga pendidik dan pelajar MRSM Terendak.

“Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekaan dengan iltizam dan semangat cintakan negara” tegas Pengetua MRSM Terendak, Kadir Dewa, beliau turut merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan ini.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan pada majlis tersebut seperti Pertandingan Pakaian Patriotik bagi setiap tingkatan dan warga pendidik serta ceramah Kemerdekaan dan Kuiz Kenegaraan oleh Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Puan Salina Hasan @ Abd Rashid.

-ZS-