Bergelumang dalam Bendang Meriahkan Sukan Rakyat

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/Nurul Wahida Md Noor

PERMATANG PAUH, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Setelah dua tahun tidak dapat mengadakan program bersama masyarakat setempat akibat pandemik COVID-19, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Tanjung Putus di sini baru-baru ini telah mengadakan Program [email protected] kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Menurut seorang penduduk Zulkifli Mohd Said, 52, sukan rakyat dalam bendang sebegini dapat menarik penyertaan dan sekaligus memberi peluang kepada generasi muda untuk menghayati hidup sebagai seorang petani.

"Walaupun hadiah tidak seberapa nilainya, tapi keseronokan dan kepuasan bermain bersama-sama rakan sungguh mengujakan," katanya.

Turut hadir Penasihat Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Penaung KKM Parlimen Permatang Pauh Datuk Haji Mohd Zaidi Mohd Said.

-ZS-