Majlis Ramah Mesra Masyarakat Ledang Bersama Menteri Besar Johor

Laporan/foto: Nur Shahrina  Amran 

TANGKAK, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis rasmi Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke Dun Gambir, Tangkak dan Serom dalam Parlimen Ledang telah berlangsung di Dataran Serom 3, semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu merupakan inisiatif YAB Menteri sendiri untuk menjadikan Ledang destinasi yang terunggul di Utara Johor kerana Ledang mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri.

"Peruntukan sebanyak RM1.5 juta juga akan diberikan kepada Parlimen Ledang bagi pembangunan untuk menjadikan Johor maju menjelang 2030 dan Parlimen Ledang akan dibangunkan sebagai pintu masuk dari Utara Johor," ujar beliau dalam ucapan perasmian.

Onn Hafiz juga telah bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat iaitu kaum Cina, Melayu dan India serta berpeluang merasmikan Menu Sedap Rasa Ledang, menyampaikan peruntukan RM200 ribu bagi menaik taraf Dataran Serom 3, Notis 5A kepada 26 penerima tapak perumahan di sekitar Parlimen Ledang dan Insentif kepada 15 Kelab Sukan di bawah parlimen ini.

-ZS-