Program Gotong Royong Keluarga Malaysia Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Daerah Langkawi

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)/Pejabat Daerah Langkawi (PDL)

LANGKAWI, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Selari dengan tema sambutan Hari Malaysia tahun iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dan sempena Hari Malaysia Tahun 2022, satu Program Gotong Royong Hari Malaysia Tahun 2022 Peringkat Daerah Langkawi  telah diadakan di Medan Niaga,Pantai Pasir Hitam, Ayer Hangat, Langkawi.

Program telah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap ADUN Kawasan Ayer Hangat, Datuk Haji Juhari Bulat. Semasa berucap beliau menegaskan “sikap individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan berlakunya isu kebersihan di sesuatu kawasan.”

“Aktiviti gotong royong ini dapat menyemai semangat supaya kita menjaga kebersihan di mana saja kita berada,” ujarnya lagi.

Program ini juga telah meraikan penduduk setempat yang lahir di Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dan di sempurnakan juga penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan zakat

Seramai lebih kurang 300 orang terlibat dalam aktiviti gotong royong ini termasuk pelbagai agensi dan penduduk tempatan.

Turut hadir dalam program hari ini ialah Pegawai Daerah Langkawi, Dato Abdul Gafar Yahya dan ketua-ketua jabatan di Daerah Langkawi.

-ZS-