Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Minggu Tanpa PdP Murid Ceria ke Sekolah

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dexter Cysonned/Hazlinah Samsir (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Seruan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali mengenai minggu pertama persekolahan tanpa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) membuatkan murid terutamanya Tahun 1 ceria ke sekolah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan berkata beberapa aktiviti juga diadakan dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga.

“Jika kita lihat pada hari ini, ibu bapa hadir bersama anak-anak untuk melakukan senamrobik dan wajah gembira anak-anak jelas terpancar.

“Selama satu minggu ini, aktiviti yang memberi penerapan nilai moral dan bukan terus dimulakan dengan sesi akademik memberi peluang bagi pelajar berasa semangat untuk ke sekolah,” ujarnya ketika ditemui media di Sekolah Kebangsaan Api-Api, hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 1,075 buah sekolah rendah dan 222 buah sekolah menengah di Sabah memulakan hari persekolahan hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda