Pemberian Tablet, Mampu Rapatkan Jurang Geografi

 

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 4 Mei (Malaysiaaktif) - Pemberian tablet kepada para Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersesuaian untuk penyampaian maklumat yang cepat, tepat dan sahih daripada kementerian terus kepada pihak sekolah.

Menurut Pegawai PPD Kinabatangan, Alhassim Attip, pemberian tersebut ternyata dapat merapatkan jurang geografi serta menjimatkan masa.

Alhassim Attip Alhassim Attip



"Dari segi pengurusan, pihak PPD bertanggungjawab kepada semua guru dan pengurusan di peringkat sekolah dimana arahan daripada kementerian turun kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seterusnya kepada PPD.

"Bermakna tanggungjawab untuk menyampaikan aliran maklumat itu lebih kepada PPD, jadi dengan adanya kemudahan yang diberikan ini, PPD boleh menyampaikan maklumat itu dengan segera.

"Selain itu, kami sudah tidak perlu menggunakan kaedah sedia ada seperti surat yang di cetak kerana hendak menyampaikan memakan masa yang lama memandangkan sekolah di Kinabatangan ada yang terletak di ulu sungai, di pulau dan ada di pedalaman,"jelasnya.

Antara pegawai yang hadir ketika program berlangsung. Antara pegawai yang hadir ketika program berlangsung.



 

Tambahnya, perkhidmatan pos tidak disediakan di kawasan tersebut, jadi dengan adanya tablet tersebut, surat boleh dihantar menggunakan aplikasi emel, whatsapp atau telegram.

Dengan itu, sementara menunggu surat yang dicetak itu dihantar kemudian, adanya perkongsian begini bermakna maklumat tersebut lebih cepat sampai.

"Dari segi capaian internet di sekolah pula kelima-lima buah sekolah menerima 4G dan sebahagiannya menggunakan V-SAT, tapi capaian untuk V-SAT ini selalu terganggu.

AZJ_7256

"Walau bagaimanapun, kami ada alternatif dengan tablet yang diberikan ini, menggunakan capaian kad sim telkom yang lain. Jika kad sim aktif, talian sudah berfungsi berbanding laptop yang perlu talian tambahan.

"Dengan tablet juga pelbagai aplikasi boleh di kemaskini, guru juga boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan lebih jimat masa kerana banyaknya aplikasi, e-book serta permainan, lagu dan video sehingga dapat menjimatkan masa guru untuk merancang perkara lain," ujarnya.

Menurutnya, guru-guru sebelum ini banyak mengorbankan duit sendiri untuk membeli peralatan seperti laptop dan tab.

"Untuk kegunaan murid pula, tidak semua sekolah yang mempunyai makmal komputer namun perkara ini sentiasa di tambahbaik dari segi agihan kerana pengagihan komputer adalah mengikut bilangan pelajar serta peruntukan.

AZJ_7264

"Komputer yang ada pula agak uzur, tetapi bukan dari segi peralatan tetapi teknologi kerana masih menggunakan Windows XP berbanding sekarang sudah beralih kepada Windows 10, ini tidak selaras dengan tablet guru,"jelas Alhassim.

Beliau ditemui dalam Majlis Pengagihan Tablet Kepada Pegawai Pendidikan JPN, PPD dan BTPN Sabah yang dirasmikan oleh Menteri Komunukasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Khamis

Mengulas lanjut katanya, Dari sudut Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), pelajar perlu melihat, mendengar dan merasa sendiri suasana pembelajaran.

Harapannya, pada masa akan datang kemudahan ICT di sekolah perlu di tambah baik terutama sekali sekolah yang terletak di pedalaman supaya jurang ICT antara pelajar bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

Mohd Idramzizan Idris Mohd Idramzizan Idris



Penjelasan tersebut turut dipersetujui oleh Pegawai PPD KK, Mohd Idramzizan Idris kerana penggunaan tablet sangat memudahkan guru-guru kerana sekarang perisian dan aplikasi yang digunakan di sekolah-sekolah memerlukan internet dan ICT.

"Kita sekarang pun berada di gelombang kedua, jadi memang sangat sesuai penyerahan ini dilakukan terutama kepada guru-guru dan pegawai-pegawai di negeri dan daerah.

"Guru-guru sekarang juga sudah mula menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (eRPH), jadi banyak perisian yang boleh digunakan melalui tablet tersebut dan digunakan dalam pembelajaran," ujarnya.

Salleh bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai pendidikan Salleh bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai pendidikan



Seramai 1066 pegawai pendidikan yang layak dibekalkan dengan peralatan tablet ini, iaitu 182 pegawai di ibupejabat, 832 di PPD, 60 orang di BTPN dan seorang pegawai daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Sabah.

Salleh turut mengumumkan tambahan sebanyak 250 unit tablet lagi kepada Pegawai Pendidikan dan akan diagihkan dalam masa terdekat.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Sihaibul dan Timbalannya, Datuk Mohd Kassim Mohd Ibrahim.

 

-MRR