Henti Sebar Berita Yang Tidak Ditentukan Kesahihannya - MCMC

 

PUTRAJAYA, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Menasihatkan orang ramai agar menggunakan internet secara berhemah dan tidak menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

“kami menyeru agar warga digital di negara ini lebih bijak dan bertanggungjawab apabila berkomunikasi di media sosial,” kata pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak. “jika tadak pasti, semak kesahihan berita tersebut di portal sebenarnya.my,” ujarnya lagi.

Sikap sedemikian adalah penting bagi meastikan tidak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menjejaskan kesejahteraan awam.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang negera.