Dr Mahathir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Jenazah Muhammad Adib

SUBANG, 18 Dis (Malaysiaaktif) - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Airod di sini hari ini.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) dan dijangka dikebumikan di Kedah hari ini.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Berita selanjutnya selepas ini. - BERNAMA