Tenpin Bowling Buka Tirai Kejohanan MAKSAK Malaysia

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 11 Jan  (Malaysiaaktif) -  Sebanyak 18 buah Kelab  Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK)  Negeri dan Kelab Gabungan yang melibatkan seramai 288 orang peserta akan menyertai kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK  Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan.


Kejohanan ini akan berlangsung pada 24 hingga 27 Januari ini bertempat di Megalanes Bowling  Batu Kawa, Kuching, Sarawak.


Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SET) merangkap Naib Yang DiPertua MAKSAK Sarawak, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki MAKSAK Malaysia berkata, MAKSAK Sarawak menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan untuk tahun 2019 dan beliau menjelaskan kejohanan ini adalah acara pembuka gelanggang bagi tahun ini.




Mohamad Abu Bakar (duduk tengah) mempergerusikan mesyuarat persediaan dan persiapan Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan Mohamad Abu Bakar (duduk tengah) mempergerusikan mesyuarat persediaan dan persiapan Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan


Kita bersyukur kerana Sarawak telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk mengelolakan kejohanan yang pertama kali diadakan di Sarawak untuk Peringkat Kebangsaan,,beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Persediaan Dan Persiapan bertempat di Wisma Bapa Malaysia,petang semalam.


Kejohanan Tenpin Bowling  MAKSAK  Malaysia 2019 ini adalah Anjuran MAKSAK  Malaysia dan di kelolakan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Sarawak.


Menurut beliau, antara Kelab MAKSAK yang menyertai adalah Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu termasuk ATM, PDRM  dan PENJARA.


 Perasmian dan penutupan serta Penyampaian Sijil dan Hadiah Kejohanan di lakukan oleh Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Yang DiPertua MAKSAK Sarawak pada 27 Januari nanti.


Turut hadir pada majlis tersebut nanti ialah Radin Hedly Radin Mohamad Hambali, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia.



-ER